Mahir Masak (Intake 4) Minggu 3

27 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Julai 2026 (Isnin), telah diadakan kelas NADI Mahir Masak (Intake 4) untuk minggu yang ketiga. Kelas ini telah disertai oleh dua orang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Kelas Mahir Masak ini telah diadakan secara atas talian bermula pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 4:30 petang.

Untuk kelas minggu ketiga ini, para peserta telah didedahkan dengan 2 jenis minuman iaitu jus minuman dan teh. Antara resepi minuman dan teh yang telah diajar kepada peserta adalah Jus Mangga, Jus Buah Naga, Jus Epal, Thai Milk Tea, Matcha Milk Tea dan Ice Peach Tea.

Diharap kursus ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali